E-Syarat Dagang Sdn Bhd · Malaysia

Faham dahulu.
Baru membeli.

Kami membina perniagaan berasaskan pendidikan supaya setiap pelanggan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin. Sama ada kereta recond, produk digital atau pengalaman pembelajaran, prinsip kami tetap sama: ilmu dahulu, transaksi kemudian.

Kenapa kami wujud

Pembeli yang faham adalah pembeli yang yakin.

Terlalu ramai orang membeli benda besar dalam hidup mereka, kereta pertama, kemahiran baru, sistem untuk bisnes, tanpa benar-benar faham apa yang mereka beli. Bila tak faham, senang kena tekan, senang menyesal.

E-Syarat Dagang dibina untuk terbalikkan urutan tu. Kami mendidik dahulu. Kami tunjukkan cara ia berfungsi, apa yang perlu diperiksa, dan bila masa yang sesuai untuk membeli. Jualan datang selepas kefahaman, bukan sebelumnya. That is the whole business model, and we apply it to every market we enter.

Recond Education

Sembang Recond

Membeli kereta recond tak perlu mengelirukan. Ini perjalanan penuh anda bersama kami, sebelum dan selepas membeli.

Bukan sekadar harga kereta. Kira deposit, bayaran bulanan, insurans, road tax, dan simpanan kecemasan. Kami sarankan bayaran bulanan tidak melebihi 20% pendapatan bersih anda.

Setiap kereta recond ada grade dari auction Jepun (4, 4.5, 5). Grade menentukan keadaan sebenar kereta. Kami tunjukkan cara baca report supaya anda tak bergantung pada kata-kata jurujual sahaja.

Harga iklan bukan harga akhir. Tanya tentang harga OTR penuh: duti, insurans, road tax, servis pertama. Kami terangkan setiap satu supaya tiada kejutan di saat akhir.

Keluarga besar? MPV. Kerja bandar? Compact SUV atau hatchback. Cuba simulasi di bawah untuk lihat kategori yang sesuai dengan anda.

Chassis number, mileage, geran, dan pemeriksaan fizikal. Kami galakkan anda datang lihat sendiri atau minta video call inspection. Bayar hanya bila anda faham dan yakin.

Simulasi percuma

Kereta apa yang sesuai untuk anda?

Jawab 3 soalan, kami cadangkan kategori dan contoh model dari stok kami.